Mencari Rumah Percutian Yang Sempurna

Adakah anda sedang mencari rumah percutian?  Sekiranya anda tidak pasti samada mahu membeliatau menyewa rumah percutian anda dan inginkan nasihat untuk mencari satu yang sempurna untuk dibeli atau disewa, sila baca panduan pantas ini.



Mulakan Pencarian Anda Seawal Mungkin

Walaupun anda mencari tempat untuk disewa, adalah penting untuk mulakan pencarian anda seawal mungkin untuk mengelakkan tekanan yang tidak perlu atau kos tambahan. Daripada mencari tempat sewaan dengan masa yang singkat, anda sepatutnya memulakan pencarian anda enam bulan hingga satu tahun lebih awal, menurut Investopedia. Rumah percutian yang terbaik selalunya ditempah segera, oleh itu jadilah mereka yang awal membuat proses pencarian untuk mendapat rumah percutian yang sempurna buat anda. Pertama, buat keputusan ke mana dan bila anda akan menginap. Kemudian, jejaki ejen hartanah atau semak senarai hartanah untuk mencari satu yang sempurna mengikut kehendak anda.


Cuba Beberapa Sumber

Adalah penting untuk menyemak beberapa sumber apabila mencari rumah percutian yang sempurna. Sekiranya anda tinggal berhampiran dengan destinasi percutian impian anda, anda harus memilih untuk memandu ke sekitar semua kejiranan di kawasan itu untuk melihat sekiranya ada untuk disewa atau dijual. Ini mungkin akan menjimatkan anda dalam jangka masa panjang kerana anda tidak perlu membayar yuran seorang broker.


Buat Keputusan Samada Ingin Membeli atau Menyewa

Mulakan dengan mencari senarai di laman hartanah di kawasan yang anda mahu tinggal. Adakah anda mencari untuk membeli atau menyewa rumah percutian di Malaysia? Sekiranya anda mahu melihat banyak pilihan hartanah untuk dijual di Malaysia, sila lihat Property Guru Malaysia.


Baca Kontrak Sepenuhnya Sebelum Menandatanganinya

Jangan terlepas pandang pada kontrak, tidak kira apa jenis hartanah yang anda beli, khususnya jika anda ingin menyewanya. Ia adalah penting untuk menyemak segala butiran yang terperinci dan menetapkan siapa yang membayar dan untuk apa ianya dibayar.

Contohnya, adakah anda bertanggungjawab untuk membayar bil-bil utiliti? Adakah anda perlu membayar untuk sambungan internet, perkhidmatan telefon dan tv kabel? Adakah anda akan membayar untuk gas dan pemanas atau penyaman udara? Bagaimana dengan mencuci atau membersihkan rumah? Kos-kos tambahan ini boleh menambah jumlah akhir bil anda, jadi pastikan bahawa anda tahu dan faham apa yang perlu anda bayar sebelum menandatangani sesuatu kontrak.

Di sebelah yang lain, anda juga patut faham apa yang termasuk di dalam harga hartanah tersebut. Adakah anda boleh menggunakan kolam renang? Adakah anda boleh menggunakan gril? Adakah anda dibenarkan untuk pergi ke atas bumbung? Adakah bilik cucian baju disediakan? Jikaya, kemudahan tambahan ini sebenarnya boleh menjimatkan wang anda.


Rundingan Kontrak

Sebagai penyewa, anda boleh berunding dengan pemillik rumah mengenai kontrak rumah percutian anda dan semua kos-kos yang berkaitan. Bincangkan jumlah wang pendahuluan, juga hari atau minggu tambahan dengan harga yang lebih murah.

Fikirkan Mengenai Wang Pendahuluan Sekuriti

Sewaan musim panas mungkin akhirnya memerlukan kos yang lebih tinggi daripada musim dingin, dengan jumlah wang pendahuluan sekuriti yang lebih besar. Pastikan anda mengambil kira faktor wang pendahuluan sekuriti ini di dalam belanjawan sebelum memutuskan hartanah percutian anda. Juga, pastikan anda faham apa yang perlu anda lakukan untuk mendapat semula wang pendahuluan sekuritiini, kerana ini dapat mengelakkan sebarang pertelingkahan yang tidak perlu di akhir penginapan anda.


Pertanyaan Mengenai Pembersihan Rumah

Kebanyakan hartanah datang dengan perkhidmatan mencuci dan membersihkan rumah. Anda patut tanya mengenai perkhidmatan ini sebagai faktor untukandamembuatkeputusan, menurut Independent Traveler. Anda mungkin perlu membayar kos tambahan untuk perkhidmatan membersih ini, jadi fahami siapa yang bertanggungjawab untuk membayar kos ini sebelum anda menandatangani kontrak anda. Juga, tanya mengenai jadual pembersihan ini untuk merancang jadual aktiviti percutian anda. Anda mungkin mahu berada di luar ketika perkhidmatan membersih ini dilakukan.


Ambil Gambar Pada Hari Pertama

Untuk mengelak daripada dikenakan bayaran untuk sebarang kerosakan yang telah sedia ada di lokasi, ambil seberapa banyak gambar pada hari pertama anda menginap, gambar menunjukkan waktu dan bukti kerosakan yang telah sedia ada. Dengan ini, jika pemilik rumah cuba membuat tuntutan yang anda menyebabkan sebarang kerosakan pada oasis tropikal mereka, anda mempunyai gambar bukti yang menunjukkan kerosakan telah sedia ada sebelum anda menginap.


Dapatkan Nombor Telefon Pemilik Rumah Anda

Pastikan anda mendapat maklumat untuk dihubungi daripada pemilik rumah sebelum anda menginap di rumah percutiannya. Dengan ini, sekiranya ada insiden yang terjadi semasa anda menginap, anda boleh menghubungi atau menghantar email dengan kadar segera untuk membetulkan situasi. Hubungi pemilik rumah sekiranya ada masalah dengan elektrik, pemanas, penyaman udara atau paip pecah. Juga, beritahu pemilik rumah sekiranya ada masalah yang perlu dibaiki atau dibuat dengan kadar segera.


Semak Keadaan Rumah di Akhir Penginapan Anda

Jika anda bimbang mengenai dikenakan bayaran tambahan untuk kerosakan kepada apartment, pastikan anda membuat penelitian terhadap rumah dan halaman dengan pemilik sebelum meninggalkannya. Dengan itu, mereka boleh memberitahu anda dengan segera jika mereka nampak sebarang masalah dengan keadaan rumah dan anda tidak akan terkejut kemudiannya dengan tambahan kos kerosakan. Jika anda mengambil gambar di awal penginapan anda, tunjukkan kepada pemilik kerosakan yang telah sedia ada, agar anda tidak dikenakan bayaran untuk kerosakan yang tidak anda lakukan. Jika pemilik nampak sebarang masalah yang benar anda lakukan, tanya dan lihat jika mereka membenarkan anda untuk menyelesaikan masalah ini sendiri sebelum dikenakan bayaran yang tinggi. Anda boleh mengupah seseorang untuk memperbaiki masalah tadi atau anda sendiri boleh baiki kerosakan itu.

Membeli atau menyewa rumah percutian boleh menyebabkan tekanan tetapi ia tidak perlu. Apabila anda merancang awal dengan baik untuk menyewa dan melakukan langkah-langkah untuk memastikan penginapan anda adalah paling menyeronokkan, percutian anda akan menyenangkan. Diharap, panduan ini telah memberi anda sedikit maklumat dan helah untuk mencari tempat percutian yang sempurna untuk anda.

Comments

Post a Comment

Leave a comment/footprint so that I know you visit me and I will visit your blog back ^^
I will reply each and every comment here but it takes some time for me to reply all. Thanks for your patience ^^